Phone ROSAK?? Nak baiki ke, nak beli baru je? Pening uii! Zaman sekarang ni, tak vibe lah tak guna smartphone. Tak gitu? Selain dapat communicate dengan orang tersayang yang jauh di mata dekat di hati, penting juga untuk communicate dengan rakan sekerja dan klien. Jujur, jika phone seseorang rosak, mungkin dapat mengganggu periuk nasinya. Cuma bila rosak, pening pula fikir nak repair atau beli baru? Ini 5 Checklist Nak Repair Phone atau Beli Baru! – Kedai Repair Phone Sepang.
5 SENARAI WAJIB SEMAK NAK REPAIR PHONE ATAU BELI BARU
Zaman la ni, semua guna phone. Bangun tidur capai phone, nak tidur pun perlu phone untuk set alarm. Apatah lagi nak buat content atau edit content.
Ada jenis orang ni yang suka sangat bertukar-tukar phone, asal ada je model phone baru, beli.
Ada juga yang jenis setia, rosak je, repair… Sampailah phone tu dah tak dapat nak dibaiki lagi.
Itulah satu-satunya phone yang dimiliki, banyak jasa beliau.

Bila phone rosak, ada yang masih blur tak dapat buat keputusan nak repair atau beli phone baru. Apa yang perlu dipertimbangkan pun tak pasti.
Jangan risau! Kami nak bantu ringankan fikiran anda untuk ambil tahu apa yang perlu anda tahu sebelum anda buat keputusan. Baca 5 Senarai Wajib Semak Nak Repair Phone atau Beli Baru!
#1 KOS atau BAJET | KEDAI REPAIR PHONE SEPANG
Ini paling utama dan penting. Anda kena tanya diri dulu sebelum orang kedai tanya anda.
- Berapa bajet yang anda mampu?
- Adakah anda nak cuba untuk baiki phone anda dulu? Atau terus beli yang baru? Salah satunya bergantung kos yang perlu ditanggung.
- Ada kes – Bila repair, kos lebih jimat.
- Ada kes – Beli phone baru lebih baik jika kos baiki phone agak tinggi.
Tepuk poket, tanya dompet.
#2 PRESTASI VS KEGUNAAN PHONE
Anda selesa dengan phone sedia ada? Prestasi pun sesuai dengan kegunaan anda?
Atau anda rasa dengan phone baru, dapat bantu kerja jadi lebih cepat?
Pertimbangkan performance phone yang sesuai dengan kegunaan dan keperluan anda kerana ada yang :
- Guna phone untuk berkomunikasi, call, mesej & video call.
- Suka merakam moment samada gambar atau video.
- Gemar bermain games & layari media sosial.
- Bagi yang berbisnes, phone biasanya digunakan untuk cipta dan edit content.
Ada tugasan yang mungkin perlukan apps yang lebih berat. Jadi, kegunaan phone akan mempengaruhi prestasi phone. Jika phone sedia ada masih boleh disesuaikan dengan kegunaan anda. Maka, anda hanya perlu repair.
#3 JAMINAN
Anda boleh pertimbangkan juga jika phone sedia ada masih dalam tempoh jaminan atau tidak. Sekiranya masih dalam tempoh jaminan, mungkin anda boleh baiki dengan lebih murah atau percuma.
Setiap phone baru pula pastinya dilengkapi dengan tempoh jaminan tersendiri yang meliputi beberapa syarat.
#4 KEMUNGKINAN KEROSAKAN BERULANG
Phone sedia ada rosak, tapi masih boleh dibaiki?
Cuma, nak baiki ke, nak beli baru je…?
Bila phone rosak, lihat beberapa faktor ini samada masih nak gunakan atau nak beli ganti baru. Salah satunya, adakah kerosakan sama akan berulang lagi? Atau phone akan rosak lebih teruk lepas ni?
Usia phone yang agak lama juga mungkin lebih cepat untuk rosak.
#5 TAWARAN DAN DISKAUN KEDAI REPAIR PHONE SEPANG
Ada kedai yang akan berikan diskaun untuk baiki atau parts yang ditukar. Even nak beli phone baru pun, ada juga kedai yang bagi pelbagai tawaran menarik, banyak betul free gift dan sebagainya.
Anda kena bijak untuk memilih apa tawaran yang paling berbaloi dengan anda.
Mungkin anda boleh survey dan buat pilihan nak baiki phone sedia ada atau beli phone baru.
Kami di Kedai Repair Phone Sepang mempunyai specialist terlatih dan berpengalaman untuk membaiki Android dan Iphone.
Baca juga : 5 Tanda Awal Phone Rosak | Kedai Repair Phone Sepang!
Antara Feedback Pelanggan Kedai Repair Phone Sepang

Name : Faizal
Model : Samsung A80
Problem : LCD Blank
Solution : New LCD Replacement
PENUTUP
Cari yang trendy atau sesuai keperluan? Ini 5 Checklist sebelum anda buat keputusan. Buatlah keputusan dengan lebih baik dan mengikut keperluan dan poket anda. Ada yang tercari-cari kedai yang boleh repair phone dengan Cepat, Murah & Berkualiti? MRFIX – Kedai Repair Phone Sepang lah jawapannya!

100% terjamin telus, berpengalaman, cepat dan mudah! Dalam masa 30 minit segala masalah berkaitan gadget anda akan diselesaikan secara live di hadapan mata anda sendiri.
Jadi apa tunggu lagi, jom pakat ramai-ramai kita serbu MRFIX untuk tawaran menarik dan servis pemeriksaan PERCUMA.
=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
𝗠𝗥𝗙𝗜𝗫 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 – 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁𝗽𝗵𝗼𝗻𝗲 & 𝗠𝗮𝗰𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗥𝗲𝗽𝗮𝗶𝗿 𝗦𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹𝗶𝘀𝘁
=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
SERVIS MEMANG TIPTOP
WARRANTY DISEDIAKAN
BARANG BERKUALITI
REPAIR FACE 2 FACE
Landmark : Dalam Al Ikhlas Gadget
Operation : Isnin-Ahad (Setiap hari)
Locate Us : https://maps.app.goo.gl/M5GYkgPttCm5sFfB8
https://waze.com/ul/hw282446s3
Whatsapp / Call : 012-540 0531 (Admin) @ https://mrfixkotawarisan.wasap.my