Kedai repair phone Sepang terbaik di Sepang boleh tukar bateri telefon original dengan harga marhaen? Biar betul ni?
Masalah bateri telefon yang cepat habis walaupun baru cas memang boleh buat ramai orang stress apatah bila tiba situasi kita nak guna telefon tersebut tapi bateri pula tiba-tiba kosong.
Haru-biru jadinyakan. Jadi artikel pada kali ini, kami nak kongsi sikit kepada anda semua mengenai bateri telifon dan kedai repair phone terbaik di Sepang khusus untuk warga di sekitar Kota Warisan yang boleh anda kunjungi.
Apa itu bateri telefon?
Bateri telefon adalah komponen penting dalam setiap peranti yang menyimpan dan menyediakan tenaga elektrik yang diperlukan untuk mengeoperasikan telefon atau laptop.
Bateri ini biasanya diperbuat daripada bahan kimia tertentu yang dapat menyimpan tenaga elektrik dan melepaskannya secara perlahan-lahan sesuai keperluan untuk menjalankan fungsi peranti itu sendiri.
Kapasiti bateri yang dikira dengan unit milli-amps-hour (mAh) menunjukkan berapa banyak caj elektrik yang boleh disimpan.
Jenis bateri telefon
Terdapat dua jenis bateri yang sangat sinonim digunakan oleh telefon, iaitu lithium-ion (li-on) dan lithium-polimer (li-po).
Bateri li-on adalah teknologi lama yang dipisahkan oleh elektrolit kimia seperti etilena berkarbonat atau . Ia sesuai digunakan pada pelbagai alat elektronik (iphone 12 Pro Max, iPhone SE dan lain-lain) kerana mempunyai mampatan tenaga yang tinggi, memberikan saiz kapasiti besar dalam pakej kecil dan lebih mudah dihasilkan.
Manakala Bateri li-po pula adalah teknologi baru yang digunakan oleh kebanyakan telefon pintar hari ini seperti Samsung S21, Google Pixel 5, Huawei Mate 40 Pro, ASUS ROG Phone 5, dan lain-lain. Bateri ini lebih sesuai dan selamat digunakan khususnya pada era pengecasan pantas melebihi 100W ini.

Tanda bateri telefon rosak
Bateri telefon mungkin rosak dan perlu ditukar apabila menunjukkan tanda-tanda seperti yang berikut:
- Bateri telefon selalu cepat panas
- Telefon tiba-tiba mati bila bateri 50%
- Bateri tiba-tiba mati walaupun percentage (%) ada banyak lagi
- Telefon boleh on sampai logo lepastu mati
- Telefon berjam-jam keluar simbol bateri tetapi tetap tidak juga hidup
- Bateri cepat penuh dan cepat habis (drain)
- Caj 5 jam pun bateri tidak naik juga, buang charger telefon terus mati
- Caj tidak penuh 100%
- Skrin sebelah kiri tidak rapat sebab bateri kembung

Waktu sesuai untuk tukar bateri
Kebiasaannya, jangka hayat bateri telefon adalah sekitar 2 tahun. Dan ia perlu ditukar apabila mula menunjukkan perubahan secara fizikal dan caj juga tidak mampu bertahan lama.
Jika dibiarkan, peranti tersebut mungkintidak akan mampu untuk melayani keperluan harian anda lagi dalam setiap urusan.
Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan software Battery Health seperti yang dibina oleh peranti keluaran Apple sebagai panduan menunjukkan kesihatan sebenar bateri anda.
Tips menjaga bateri telefon

- Jangan cas peranti sepanjang masa
- Elakkan peranti daripada tercedah pada suhu yang tinggi atau terlalu rendah
- Gunakan kabel dan adapter original
- Jangan guna fon sewaktu dicas
Cara tukar bateri telefon
Sekiranya anda ingin menukar atau mengantikan bateri (replacement battery), anda perlu cari bateri gantian yang sama kapasiti bateri lama atau lebih sedikit.
Kebiasaannya, kapasiti bateri gantian lebih tinggi sedikit kerana telefon pintar anda sudah dimasukkan dengan banyak aplikasi yang mungkin memerlukan penggunaan bateri semakin tinggi.
Justeru itu, ramai yang memilih MRFIX sebab ini adalah kedai telefon terbaik di Sepang. Kami menyediakan perkhidmatan membaiki telefon dan komputer secepat 30 minit dan face to face dengan harga yang sangat berpatutan.
Dijamin trusted dan high rating dari pelanggan! Anda boleh walkin sahaja ke MRFIX dan selesaikan masalah telefon anda dengan mudah tanpa perlu menunggu lama.

Jadi tunggu apa lagi tu? Jom tukar bateri telefon anda dengan MRFIX sebelum telefon anda jadi lebih parah!